~SELAMAT DATANG / WELCOME~

~BLOG AHMAD AFHAM ELLMI~

Tuesday, June 30, 2009

Afham Dibuang Sekolah (Taska Nurul Taqwa, Ipoh, Perak)

Wajah anak Ayah dan Mama yang dibuang dari Taska Nurul Taqwa, Ipoh.
(Afham Menunggu Giliran Jumpa Dr Lim)


Salam! Hari ni 30/6/2009 (Selasa) adalah hari yang paling menyedihkan buat Afham, Mama dan Ayah Afham. Hari ni Afham telah dibuang sekolah oleh cikgu atau "ustazah-ustazah" Afham dari Taska Nurul Taqwa, Rapat Setia, Ipoh, Perak.

Afham hanya sempat sekolah kat situ selama 3 bulan je. Sedih sangat2. Ayah dan Mama ingat Afham dah ok dah la kat situ dan bercadang lepas ni bila Afham dah besar, boleh la Afham continue sekolah kat Tadika Nurul Taqwa sebelah dengan Taska Nurul Taqwa pulak. Alasan yang diberikan ialah Afham susah nak dijaga, suka menangis, terpaksa beri tumpuan lebih kat Afham dan alasan yang paling "kukuh" untuk menyingkirkan Afham ialah Mama dan Ayah suka sangat complain atau komen tentang penjagaan Afham di Taska Nurul Taqwa.


Betul ke Afham sukar dijaga? Sampai perlu disingkirkan?


Ayah dan Mama amat terkilan sebab kami tak dipanggil pun berbincang mengenai "masalah" yang Afham timbulkan di sekolah. Tiba-tiba je dengan menggunakan kuasa VETO "ustazah-ustazah" Afham ni buat keputusan sendiri untuk membuang Afham dari Taska Nurul Taqwa ni. Ayah dan Mama rasa kecewa yang amat sangat sebab putera sulung kami yang belum pun sampai setahun umurnya telah dibuang sekolah. Kalau kat sekolah Ayah dan Mama pun kalau pelajar ada kes disiplin, pengetua atau penolong kanan akan telefon dan panggil mak dan ayah untuk membincangkan kes disiplin anak-anak. Ini tidak. Di Taska Nurul Taqwa, Ayah dan Mama tidak pernah diajak berbincang face to face bagaimana kaedah yang terbaik untuk menjaga Afham.

Berkenaan alasan yang paling "kukuh" iaitu Mama dan Ayah suka sangat complain pasal penjagaan Afham, Ayah dan Mama ada penerangan untuk dibuat. Untuk pengetahuan semua, minggu lepas Afham mendapat jangkitan bakteria di dalam usus menyebabkan Afham cirit birit dan demam panas (hampir-hampir kena admit kat hospital!). Jadi Ayah pun pesan la kat "ustazah" Afham tak perlu la suap Afham makanan sebab Dr Lim (Klinik Pakar Kanak-Kanak Lim di Fair Park) cakap mungkin Afham ni alergik terhadap makanan tertentu. Jadi tiap-tiap pagi Ayah akan suapkan makanan yang Mama masak iaitu nasi, sayur dan ikan yang dikisar dan ditapis terlebih dulu sebelum suap kat Afham sebab tahu perut Afham ni sensitif. Sebelum ni pun "ustazah-ustazah" Afham ni terlebih proaktif sebab suap Afham makanan tanpa berbincang pun dengan Ayah dan Mama! Hebat Taska Afham ni kalau semua nak tahu. Sekurang-kurangnya bagi tau la dulu Mama atau Ayah yang depa nak bagi makan. Makanan yang macam mana, sebab Mama dan Ayah tak pernah bagi kebenaran untuk depa suap Afham makan! Jadi bila Mama dan Ayah cakap pasal soal suap-menyuap makanan ni menjadi isu besar. Konon-kononnya Mama dan Ayah suka komen tak puas hati...


Afham suka buat hal di Taska? Ayah jaga ok je. Sengih2 je selalu!

Yang pasal Afham ni susah nak dijaga dan suka menangis ni pulak Mama dan terutamanya Ayah Afham memang pelik sangat-sangat. Sedangkan waktu pagi sehingga pukul 12.30 tghari Ayah la dok jaga Afham sorang-sorang, susukan Afham, tukar pampers Afham, mandikan Afham, pakaikan baju Afham, dodoikan Afham, tak pernah la pulak timbul masalah besar! Tetapi di Taska Nurul Taqwa seolah-olah Afham ni di luar kawalan sampai kecoh Taska dibuatnya. Ayah cakap Afham menangis bila, lapar, mengantuk dan nak tukar pampers je. Settle semua tu, Afham ok la. Siap boleh sembang, senyum2 dan main2 dengan Ayah lagi.

Lagi pun Afham di Taska Nurul Taqwa pun bukan dari pagi sampai petang. Dari pukul 12.30 sampai 3 atau 4 petang je. Lepas tu Mama amik lepas balik sekolah. Jarang sangat-sangat pun sampai lebih pukul 4. Kira purata paling lama pun 4 jam je Afham dekat Taska! Memang tak bersyukur betul la. Nanti satu hari nanti, bila depa ada anak sendiri baru depa tau apa rasanya kalau orang cakap dan buat anak depa macam ni....Ayah dan Mama pun tunggu 5 tahun baru dapat Afham, salahkah kami risaukan Afham? Ayah dan Mama x kisah la kalau sekarang ni Afham dah besar dan boleh berfikir sendiri dan matang. Ini sekarang Afham baru nak masuk 8 bulan! Apa yang Afham tahu? Berak dan kencing pun kena orang lain cucikan! Sampai hati betul "ustazah" Afham ni kan? Siapa yang patut kena serasikan diri? Afham yang masih tak tau pape atau "ustazah" Afham yang dah ada akal dan fikiran? Fikir-fikirkan lah...

Ayah dan Mama sedih sangat2. Terasa sebak bila tengok muka Afham yang cute ni sengih2. Dengan usia x sampai setahun orang boleh buat macam ni dekat Afham. Cakap Afham macam2. Timbulkan masalah. Sampai nak kena buang dan tukar sekolah. Ayah dan Mama rasa normal la budak kecik especially baby macam Afham ni menangis. Baru nak masuk 8 bulan! Bukannya robot boleh duk diam tido je 24 jam. Sapa-sapa pun yang dah jumpa Afham akan jatuh hati kat Afham dan sayang Afham. Tambah-tambah bila senyum manja. Kalau tak percaya boleh datang lawat Afham kat Ipoh ni. Friendly lagi. Suka senyum kat orang walau first time jumpa.


Ceria n sweet selalu! Ini moto hidup Afham.

Tadi Ayah dan Mama kat sekolah rasa frust sangat. Nak nangis pun ada. Bayangkan la, first day masa nak tinggal Afham kat Taska ni, bergenang air mata ayah. Ayah pun jadi runsing memikirkan hal Afham ni. Ayah cuma pesan kat Afham, sabar yer sayang! Ayah akan cari Taska lain untuk Afham. Dah orang halau dan tak nak kat kita, takkan nak tunggu lagi! Ayah dan Mama pun survey la. Alhamdulillah ada la 2/3 Taska yang sesuai. Bayaran pun lebih berpatutan dengan masa Afham iaitu dari 12.30 tghari sampai kul 4. Paling lewat pun kul 5. Ayah dan Mama harap lepas ni tak timbul masalah lagi. Kalau tak kesian kat Afham, kena ambik masa nak sesuaikan diri dengan tempat baru.

Ayah, Mama dan Afham harap semua dapat tolong doakan yang terbaik untuk Afham! Untuk Afham pula, tabahkan diri dan terus berusaha menjadi insan yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat. Buktikan yang mereka silap sebab singkirkan Afham. Nanti bila Afham besar dan baca kisah ni, Ayah dan Mama harap ia akan dapat menjadi pembakar semangat untuk Afham terus berusaha untuk berjaya dalam hidup dan jangan sesekali cepat putus asa, walaupun ditakdirkan Ayah dan Mama dah tiada lagi di muka bumi Allah ini. Ingat tau sayang!

Sabar yea sayang Ayah dan Mama! Jangan termenung jauh! Kita cari je Taska lain...

9 comments:

CatlinaFly said...

salam..apelah ustazah2 afham nih kan...mane ade baby yg bw masalah, baby bring joys to everybody!ade pulak baby yang belum berakal dikatakan bwk masalah..bengongnye diorg ni....sebenarnya, diorg tu tak paham baby..baby kalau nangis tu, kalau tak lapar, nak tido,takpun nak eyak takpun nak tukar pampers.kalau masih meragam, maybe sakit peut or sakit lain..hmm..so mcmane skrg, antar ke mane?kalau dpt pengasuh lagi bagus, sbb dia jaga afham sorang jek..tapi kat ipoh kwsn bndr susah ek nak cari pengasuh..cuba la tny2 kut2 ada jiran2 nak jaga.....

ibnu_ali said...

assalamualaikum..

alkisah yang menimpa kepada afham adalah hampir sama yang menimpa anak saya muhammad azfar umur ar-rahmah 11 bulan. dia telah "dibuang" dari taska belakang hospital dengan alasan2 yang mmg sama.

dan skrg kami buntu untuk mencari taska yang berdekatan dengan rumah kami iaitu di tmn panorama rapat indah, ipoh memandangkan kami orang perantau.

jika ayah dan mak afham boleh membantu memberikan maklumat2 tentang taska berdekatan, kami amat mengalu-alukan...

boleh melalui email rahimi09@gmail.com atau h/p 019-4378014 (rahimi)

sekian trima kasih...

p/s ; afham cute... azfar pon..=)

Baby Afham said...

wsalam ibnu ali,

Afham dan Azhar senasib la. Sekarang kami dah tak hantar Afham dekat taska dah. Lepas Afham kena buang taska nurul taqwa tu, kami masukkan Afham kat taska lain yang berdekatan. Tapi kat taska tu pulak, satu hari tu penjaga taska tu cuai dan lalai sampai Afham terjatuh dan berdarah hidung. Depa lansung tak cerita apa2 pun kat kami. Kami sendiri yang perasan lepas tgk ada kesan darah kat hidung Afham. Lepas kes tu, kami dah tekad tak nak hantar kat taska dah. Skg kami hantar kat umah pengasuh. Kalau abnu ali nak survey taska sila masuk website jabatan kebajikan masyarakat di alamat berikut, copy paste je semua kat bawah ni. Tapi kami rasa lebih elok kalau Azfar dihantar ke rumah pengasuh sahaja. Sila tanya kawan2 rapat dan cari pengasuh yang boleh dipercayai. Macam kami, kami hantar kat rumah mak mertua kawan rapat kami. Jadi lebih menyakinkan la...Terima kasih! Harap Azfar dapat tempat yang sesuai...Amin! http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=155&Itemid=508&lang=ms

Baby Afham said...

Kami aritu masa dok survey ada ternampak Taska Addin di alamat Kompleks Addin,Jln Lapangan Terbang,Kg Melayu Sg.Rapat,31350 Ipoh,Perak. Betul2 dihadapan masjid kg melayu. Kami tak sempat nak pegi tgk taska tu sebab dapat cari rumah pengasuh.

kalau ibnu ali nak pergi survey kat situ pun boleh...
kalau berdasarkan laman web jabatan kebajikan masyarakat, taska ni berdaftar...lesen sah dari 05.06.2009-04.06.2010, maksudnya taska ni ada memperbaharui lesen taska.

kami betul2 simpati dengan azfar sebab kami pernah laluinya...harap info2 ni dapat membantu ibnu ali untuk memilih yang terbaik untuk Baby Azfar.

p/s - afham cakap tq! azfar pun cute hehe. jgn sedih2...usaha tangga kejayaan.

hanako hana said...

salam...
selain dari tadika addin, ada lagi tak tadika yang agak2 ok?
sy juga tengah mencari org yang boleh jaga adik2 saya..3 orang..umur 4, 3, 2 tahun..
tinggal kat area rapat setia...
ada cadangan tak nak dihantar ke mana?
tlg reply / email sy..tq

Anonymous said...

akma_riyadh

slm...siannye kt afham...
xptt btul la ckgu2 kt taska wt cmtu
bl bkerja hnya nk arapkn gaji ni la jadinye...bby mmg la mcm2 so layan la bby ngn ksh syg cz diorg hnya skali je jd bby.n tujuan taska d tubuhkan adalah utk mmberi pndidikn awl knk2 n mmudahkn ibu bapa g kerja.jgn la wt ibu bapa risau bl tnggalkn bby kt taska..
sy dlm mbuka taska ni sume sy kene titikberatkn n pndang serius.

akmasapri@ymail.com

Anonymous said...

akma_riyadh

slm...siannye kt afham...
xptt btul la ckgu2 kt taska wt cmtu
bl bkerja hnya nk arapkn gaji ni la jadinye...bby mmg la mcm2 so layan la bby ngn ksh syg cz diorg hnya skali je jd bby.n tujuan taska d tubuhkan adalah utk mmberi pndidikn awl knk2 n mmudahkn ibu bapa g kerja.jgn la wt ibu bapa risau bl tnggalkn bby kt taska..
sy dlm mbuka taska ni sume sy kene titikberatkn n pndang serius.

akmasapri@ymail.com

Anonymous said...

salam...saya faham perasaan mama n ayah afham. saya pun pernah merasakan keadaan sebegitu..'dibuang' oleh sebuah taska di kg.sentang,batu gajah yg kononnya dikelolakan oleh ex staff nurse. alasannya sebab saya complaint anak saya tidak dimandikan.. mereka terus ambil keputusan tidak mahu menjaga anak saya yg ketika itu baru 11 bulan.. ketika itu mmg rasa frust sgt...susah utk mencari pengasuh...sblm itu,pengasuh yg berdekatan dgn rumah pun tidak sanggup menjaga anak sy yg ketika itu baby lg...sbb alasannye kami suami isteri selalu call pengasuh utk bertanyakan khabar anak ketika kami bekerja. agaknya dia rimas kami asyik call. tp masa tu mmg anak sy selalu demam,suami mmg corcern ttg anak. mmg sy pun susah mendapat anak, sbb tu bila dah ada anak ni,kami mmg betul2 ambil berat...so,hantar la ke taska kat kg,sentang tu...bila taska tu taknak,sy pening lg...ttp alhamdulillah atas rekomen kawan,sy menjumpai seorang pengasuh yg sgt baik n sukakan budak2. selama hampir setahun kak zura ini menjaga anak sy dgn baik sekali...anak tidak menangis pun bila dihantar ke rumah kak zura berbanding hantar ke taska asik menangis...malah baru sampai di simpang rumah kak zura,dia sudah suakan tangan utk bersalam! betapa tak sabarnya dia utk ke rumah kak zura. ttp keindahan itu hanya seketika apabila kak zura sakit...ketumbuhan dlm pankreas..dia x mampu lg nak menjaga anak sy. susah hati lg sekali.... sy survey lg taska di area batu gajah...tp takde yg sesuai...dpt lah di pengkalan...jauh! tp sbb takde pilihan,hantar lah juga...tetapi mmg berkira sungguh dgn bayaran. sy dikatakan terlewat 10minit,dan dikenakan bayar rm5...! tp sy rasa sy tidak terlewat sbb sy sampai di taska itu tepat 6.10minit...jam di tgn juga 6.10pm...jam ti kereta juga 6.10pm...jam di handphone juga 6.10pm...TETAPI jam di taska sudah 6.25! mereka cepatkan jam? atau ketiga2 jam saya yg rosak? mmmm...mendukacitakan...malas nak gaduh dgn waktu,sy bayar lah juga...apalah sgt dgn rm5 tu....tp x puas hati lah dgn servis yg diberi. terlalu berkira walaupun bukan atas kesilapan saya. esoknya kebetulan dapat pamplet di post box rumah saya...ada taska baru akan dibuka 1 februari...sederet dgn rumah saya...alhamdulillah. terus sy daftar anak di situ...kini hampir 3 bulan anak dihantar ke situ...mudah,dekat sgt dgn rumah...tapi sudah 3 hari ni tidak lg dihantar ke taska,sbb anak sy dijangkiti kudis api! tuan punya taska call sy pada jam 8.20malam...mengatakan tak dapat nak jaga anak sy sbb kudis api nya telah berjangkit pada anak dia! sedih n geram dibuatnya.... selidik punya selidik,rupanya anak jiran sy yg juga dihantar ke taska yg sama pernah mengidap kudis api..anak sy berjangkit dr situ lah....malangnya,anak sy pulak yg tak diterima oleh taska. entah la...hari ni sudah 2 hari sy bercuti menjaga anak di rumah...esok giliran suami pula bercuti... rasa nak cari pengasuh lain...taska ni rasa mcm tak sesuai dgn anak sy...nak cari pengasuh di rumah...tp sy tahu, mmg susah nak dpt pengasuh skrg ni... pekerja di taska itu mmg selalu bersilih ganti...sy pun tak tahu kenapa...masih blum stable lg nampaknya taska tu...
so, kpd mama afham...sy faham perasaan anda...sy pun byk kali menghadapi masalah yg sama...

mommyosh said...

salam...
hi blogwalking..
search2 psl nurul taqwa jumpe this n3 ...emmm...
do you ever come to my blog before?